Peace be upon you, May Allah bless...dear beloved readers, entry kali ini tajuk yang diketengahakan kemungkinan agak berat walaupun sering kita dengar, tapi percayalah walaupun benda ni nampak berat kenyataannya perkara inilah yang menjadi fundamental dalam kehidupan kita selain kesaksian kita kepada Allah S.W.T serta Rasulnya. Ingin dijelaskan juga bahawa entry kali ini hanyalah diolah oleh saya berdasarkan sumber- sumber yang berkenaan. ^_^
Tarbiyyah…
“Erm.. Apakah??? Perkataan Arab semacam je niii… Erm mungkin
untuk mereka yang mahu bergelar ustaz, ustazah, motivator Islamic ataupun yang
terlibat dengan Badan Dakwah sekolah je kut… Ok, abaikan…..”
Apabila menyebut kalimah Tarbiyyah kemungkinan ada yang
masih janggal ataupun bagi mereka yang sudah selalu mendengar perkataan ini
akan menganggap Tarbiyyah itu sesuatu yang remeh dan tak perlu diambil pusing.
Konsep itu ternyata salah kerana tarbiyyah
inilah yang menjadi fundamental bagi
setiap perlakuan kita dalam kehidupan ini terutama bagi mereka yang bergelar
Islam, TARBIYYAH ISLAMIYYAH tu merupakan sesuatu yang memamng wajib diambil
tahu dan bukan dipandang remeh. Tanpa Tarbiyyah Islamiyyah yang sebenar dan
mengikuti panduan yang akan runtuhlah ummah.
Wahai yang bergelar hamba Allah, Tarbiyyah Islamiyyah itu
tujuannya adalah untuk meningkatkan keimanan dan mengukuhkan keimanan kita
kepada Allah S.W.T. Seterusnya, matlamat keimanan itu pula adalah untuk
meningktakan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T agar kita dapat sentiasa
memelihara diri kita daripada terlibat dengan kemungkaran dan sentiasa
melaksanakan yang diperintahkan Allah S.W.T. akhirnya terbentukal diri kita
sebagai ISLAM SEJATI YANG HAKIKI dengan keizinan Allah S.W.T.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah
dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya
supaya kamu mendapat keuntungan” (Surah Al-Maidah ayat 35)
Berdasarkan firman Allah S.W.T diatas sudah jelas , terang
lagi bersuluh menegenai perintah Allah yang menuntut kita untuk mencari jalan
agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T seterusnya berjihad di jalan Allah. Jelas
bukan setiap sesuatu itu tidak datang bergolek, segalanya perlu ada usaha. Dari
konteks jihad fisabillah pula merangkumi aspek yang luas bukan sekadar
berperang di medan perang tetapi termasuklah dalam usaha menuntut ilmu serta
jihad yang paling besar iaitu jihad melawan nafsu. Oleh itu, fahaman tabiyyah ini perlu
ditegakkan semula agar tidak lagi diambil mudah oleh umat Islam terutama para
pemimpin yang menggalas tanggungjawab dan amanah bukan sekadar memimpin untuk
populariti dan menang kerusi sewaktu bertanding. Rasulullah S.A.W telah
melaksanakan dasar- dasar pentarbiyyahan ini dengan berkesan dan hasilnya ialah
generasi yamg memahami erti sebenar Islam .
Setiap sesuatu itu pasti punya matlamat, begitu juga dengan
Tarbiyyah Islamiyyah yang punya matlamat penting untuk dicapai iaitu untuk
melahirkan umat dimana generasinya mempunyai ta’alluq billah yang kuat iaitu
generasi beramal soleh yang mana menepati ayat Allah S.W.T iaitu “Sesungguhnya
sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru
sekalian alam.” Generasi yang memberi komitmen sepenuhnya untuk Allah S.W.T
dalam apa jua yang dilakukannya serta mereka yang ingin memburu syurga Ilahi
dan tidak mahu melewati neraka jahanam tempat sekalian insan yang berada dalam
kerugian. Setelah itu , melalui generasi yang punyai ta’aluq billah yang utuh
inilah lahirnya generasi yang menghargai perjuangan dalam menegakkan syiar
Islam seperti yang terkandung dalam ayat cinta Allah, “Sesunguhnya orang-orang
yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka
pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar” (Surah Al—Hujurat : 15).
Jelas bukan untuk menjadi daei ataupun pendakwah yang menegakkan syiar Islam
perlu ada tarbiyyah bukan sekadar dakwah serta pentingnya tarbiyyah ini untuk
segenap masyarakat umum.
Umumnya, Tarbiyyah Islamiyyah adalah untuk memastikan setiap
umat Islam berterusan beribadat kepada Allah S.W.T dan mempraktikkan nilai Islam yang sebenar
dalam kehidupan seperti dalam ayat “Dan
ingatlah tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepadaKu” (Surah Az Zariyat : 56)Seterusnya, tarbiyyah bertujuan untuk
melahirkan khalifah yang memenuhi fitrah
manusia yang asal seperti yang terkandung dalam ayat suci Allah “Dan
(ingatlah) ketika Tuahnmu berfirman kepada malaikat: “sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang kahlifah di
bumi” (Al-Baqarah : 30). Jadinya untuk menjadi pemimpin atau khalifah bukan
sesuka hati sesedap rasa sahaja, perlu ada ilmu bukan? Dan ilmu itu sudah
semestinya datang melalui tarbiyyah. Matlamat seterusnya pula ialah menjalankan
syariat Allah S.W.T iaitu sesuatu yang menjadi asas dalam setiap perilaku kita
sebagai Islam yang sahih.
Wahai penghuni bumi di bawah lembayung langit Ilahi,
Tarbiyyah Islamiyyah itu mempunyai prinsip yang jelas dan sudah digariskan
panduannya agar kita tidak membuta tuli dalam tarbiyyah. Berikut adalah prinsip
Tarbiyyah Islamiyyah berdasarkan sumber artikel di sebuah laman web Islam.
1.Tarbiyyah Islamiyyah adalah perkara wajib kerana ia
merupakan agenda terpenting Rasulullah saw dan kerja utama Rasulullah saw dan
juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu.
2. Tarbiyyah Islamiyyah perlulah berlandaskan kepada keikhlasan
kepada Allah swt, iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah
swt semata-mata, bukan kerana material atau kerana matlamat lain yang bukan
mencari keredhaan Allah swt.
3. Tarbiyyah Islamiyyah itu tidak terikat dengan masa dan
umur. Ia dilakukan secara terus menerus bermula daripada kandungan yang baru
dilahirkan sampailah kepada berpindah kea lam kubur. Tidak ada seorang pun yang
boleh mendakwa dirinya sudah sempurna, paling alim dan bijak. Ini kerana ilmu
yang Allah swt bekalkan kepada manusia adalah sangat terhad dan sedikit Cuma
berbanding dengan ilmu Allah swt yang tidak bertepi.
4. Tarbiyyah Islamiyyah berjalan di atas prinsip al takamul
(lengkap melengkapi) anatar ilmu dengan iman. Iman mengajak manusia mencari
ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman. Firman Allah swt yang
bermaksud:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba- hambanya hanyalah orang-orang yang
berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha pengampun” (Surah Al Fathiir
: 28)
5. Tarbiyyah Islamiyyah itu mengajak supaya bersikap tidak
terus menerima apa sahaja yang dipusakai daripaa generasi yang lalu melainkan
sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia benar. Firman Allah
swt yang bermaksud:
“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka
melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “kami dapati datuk nenek
kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.” Katakanlah
(wahai Muhammad) “Seungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan
perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak
kamu mengetahuinya?” Al-A’raf : ayat 28)
Sahabat serta saudara seIslamku, Tarbiyyah Islamiyyah ini
juga mempunyai beberapa elemen penting. Antara elemen Tarbiyyah Islamiyyah
ialah Tauhidullah (mengesakan Allah), Nubuwwah (berlandasakan apa yang dibawa
oleh para Nabi) dan Al-Hasyr wal Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan diberi
pembalasan).
Tauhidullah merupakan element yang utama kerana berdasarkan
elemen ini ia mendorong tindakan
bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarang ideoogi dan pengaruh mana-mana
pihak seperti hedonism, secularism, modernism, liberalism, dan orentalis. Ia
juga berupaya menentukan unsur-unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam persis
memisahkan antara haq dan batil. Nubuwwah pula adalah menyampaikan setiap
sesuatu itu berlandaskan apa yang dibawa oleh para nabi bukan berdasarkan
tabiyyah jahiliyyah yang tidak punya paksi atau kayu ukur yang khusus dan
terpelihara dan hanya berlandaskan logik akal. Elemen terakhir iaitu Al-Hasyr
wal Jaza’ pula bertujuan untuk memastikan manusia atau umat Islam tidak
menjadikan duniawi sebagai matlamat terakhir serta penghabisan mereka dalam
memburu kebahagiaan dan kejayaan tetapi ukhrawi iaitu akhirat perlu menjadi
pendamping matlamat duniawi atau lebih senang ungkapannya ialah keseimbangan
antara duniawi dan ukhrawi, sesiapa yang menginginkan dunia perlukan ilmu dan
begitu juga bagi sesiapa yang menginginkan akhirat perlukan ilmu juga. Jadinya,
jelas bukan hubung kait dunia dan akhirat melalui Tarbiyyah Islamiyyah.
Tarbiyyah Islamiyyah mempunyai cabang yangmerangkumi
keseluruhan kehidupan kita sebagai seorang manusia. Antaranya ialah, Tarbiyyah
Aqliyyah, Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku), Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad),
1. Tarbiyyah Aqliyyah
Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir,
memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan
sumber-sumber utama.Berikut adalah tuntutannya:
a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk
keperluan gerakan
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain
atau orang terdahulu.
c) Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih
diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa.
d) Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli,
mempertimbangkan pandangan tersebut barlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan
akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran
terbuka).
2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)
Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi
kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam
muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk
kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam Tarbiyyah
Khuluqiyyah yang harus diaplikasi oleh setiap kita iaitu:
a)Sabar – sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalam
keadaan susah, senang, suka, sedih dan sebagainya
b)Thabat (tetap
pendirian) – istiqomah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu menjadikan
Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.
c) Amal (berwawasan) – mempunyai azam untuk menaikkan Islam
dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam
perjuangan Islam.
d)Mencurahkan tenaga
– gigih dan berusaha dalam menggerakkan jamaah. Tidak kedekut dalam
menyumbangkan masa, tenaga, harta, kebahagiaan keluarga hatta diri sendiri
untuk jamaah
3. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)
Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama
kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu,
harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi: Kefahaman, Akhlak, Iman,
Persediaan ruh, Persediaan mental, Persediaan jasad, dan Persediaan keperluan
(peralatan)
4. Tarbiyyah Ijtimai’e
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah
kamu, sembahlah tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan
berjuanglah (di jalan Allah) dengan perjuangan yang sebenarnya” (Surah Al Hajj
: 77-78)
Perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli jamaah adalah:
Sebagai pengubah masyarakat dengan cara membuat pemusatan
untuk memberi khidmat dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada memberikan
ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk
agama.Seterusnya, memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam
menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.
5. Tarbiyyah Fizikal
Tarbiyyah ini membawa matlamat kesihatan fizikal dan
menyelamatkannya dari penyakit, kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi
bila-bila masa, menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.
6. Tarbiyyah Siyasah
Tarbiyyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa
daripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah swt. Ia
menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan
musuh, kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Justeru gabungan
antara tarbiyyah siyasah dan tarbiyyah agama perlu dibina agar tidak berlaku
pemisahan. Maka harus ke atas kita untuk:
a) Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi
Islam daripada kuasa kafir dan munafik.
b)Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skil pembinaan
siasah Islamiyyah .
c)Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslim
yang lain menampilkan asas agama secara praktikal .
d)Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak
syariat.
e)Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam
dalam program siasah.
Seterusnya, tarbiyyah ini amat penting dalam harakah
Islamiyyah iaitu pergerakkan Islam. Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek
Tarbiyyah kerana tarbiyyah merupakan asas paling utama dan tulang belakang bagi
sesebuah harakah Islamiyyah. Sesebuah harakah Islamiyyah seharusnya mewujudkan
unsur-usnur yang mampu melahirkan ahli jamaah yang mempunyai sifat-sifat
berikut:
a)Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyyah ummah.
b) Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah
Islam yang didokong oleh Harakah Islamiyyah.
c) Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata.
d)Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’
e) Berpandangan jauh.
f)Menghayati tuntutan amal jamaie.
Pergerakkan Islamiyyah ini juga mempunyai unsur –unsur yang
berlandaskan tarbiyyah iaitu melalui manhaj tarbiyyah. Manhaj Tarbiyyah
merupakan perencanaan yang digunakan sesuatu harakah untuk dalam proses
pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj itu perlu merangkumi unsur-unsur berikut:
1. Marhalah tarbiyyah
Rasulullah saw melakukan pentarbiyyahan berperingkat
terhadap sahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka. Hassan al
Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah
Tarbiyyah:
a) Marhalah ta’rif: satu tahap pembersihan aqidah
b) Marhalah takwin : proses pembentukan rijal ad-dakwah
c) Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah
berkualiti dari sudut praktikalnya.
2. Tarbiyyah melalui murabbi
Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan
peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta penerusan amal
yang diredhai Allah.
3. Tadrij
Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam Tarbiyyah. Kemampuan
menentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi
berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan pengisian
tarbiyyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka pada setiap marhalah.
4. Tawazun
Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyah
amat perlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan
kepada aspek tertentu sahaja.
Sedia maklum jika anda memahami konsep tarbiyyah ini, sudah
pasti anda tahu bahawa tarbiyya ini dijalankan dalam konsep jamaah. Hali ini
keranamelalui konsep berjamaah ini terdapat beberapa kepentingan sejagat bagi
addin kita terutamanya.
Tujuan tarbiyyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah
disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:
1) Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yang
mempunyai kelayakan di bidang-bidang berikut:
b) Bidang amal dan harakah
c) Bidang pengurusan dan pentadbiran
d) Bidang kerja politik
e) Bidang sosial dan
kemsyarakatan
f) Bidang kerja ekonomi
g)Bidang akademik
h) Bidang pendidikan
dan pembinaan
i) Bidang sukan
2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik,
yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada
tempat-tempat yang diperlukan antara lain:
a) Kepimpinan di
bidang kerja fardi dan jamaie
b)Kepimpinan di
bidang kerja sosial
c) Kepimpinan di
bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan
lain-lain.
Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang
mampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah-jamaah yang bersimpati
dengan harakah atau jamaah-jamaah yang bermusuh dengannya. Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor
kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi-generasi yang
akan datang.
Konklusinya, jika tarbiyyah berterusan lemah dalam kalangan
ummah akan runtuhlah ummah kerana harakah islamiyyah ataupun pergerakan Islam
itu bergantung kepada Tarbiyyah Islamiyyah yang memainkan peranan penting
selain daripada ahlinya iaitu kita, umat Islam yang menggerakkan tarbiyyah itu
sendiri. Jika kita lari daripada konsep tarbiyyah yang asal ataupun tidak
mempraktikkan konsep tarbiyyah ini akan kecundanglah para ahli iaitu umat Islam
dan seterusnya menjadi impak kepada pentadbiran dunia yang sepatutnya dilaksana
dengan pengangan syahadah. Para ahli yang juga pemimpin akan hilang arah tuju,
lari daripada jemaah tarbiyyah dan akan muculah virus yang melumpuhkan Islam
dan umatnya iaitu sifat dengki, khianat, , futur, riya’, cintakan pangkat,
kemegahan, darjat dan sebagainya yang kini sudah jelas terpampang dihadapan
kita semua dan sememangnya berlaku dalam reality kehidupan hari ini. Oleh itu,
saya menyeru diri sendiri sahabat serta para saudara yang membaca artikel ini
untuk menitik beratkan Tarbiyyah Islamiyyah dalam kehidupan kita agar tidak
runtuh tamadun dan ummah agar kita bias mentadbir dunia ini kembali dengan
kalimah syahadah yang satu. Takbir !!!
Artikel ini diolah semula untuk pemahaman yang lebih mudah.
Sumber:
*dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-6-tajuk-i-tasawwur-tarbiyyah-islamiyyah/
*Kertas Kerja tasawwur tarbiyyah Islamiyyah (UM)
* Manhaj Daurah Tadribiyyah
No comments:
Post a Comment