Pages

Tuesday, February 12, 2013

BERHIJAB? HIPOKRIT?! JADI ANGEL, HIPOKRIT?!


Assalamualaikum w.b.t entry kali ini ditulis dengan rasa yang sangat chill dan dengan niat untuk Allah juga untuk syahadahku.. Haila sudah berkurun lama menyepi, naik berhabuk blog tersayang ni, bukan apa, menyepi kerana ada tugasan dunia untuk saham akhirat yang lebih besar mandat, acewahh…. :P

Jadinya, untuk entry kali ini saya lebih senang berbahasa Melayu dan mungkin juga Malaynglish untuk kefahaman sejat secara lebih santai…

HIPOKRIT 

Ini tajuk yang selalu dipersoalkan oleh sahabat kepada saya….

“Syiffa, tak ke hipokrit kalau kat dalam sekolah pakai tudung kat luar sekolah free hair?”

“Syiffa, apa guna pakai tudung tapi tak solat? So, baik tak payah pakai tudung…”

“Weyh, ko ni tak pakai tudung ke kat luar? Mak ayah tak ajar ke?! “ Pfft ni ayat paling panas, ganas tahap terrorist  yang pernah saya kena sebelum saya benar-benar menyarungkan hijab di kepala saya, kerana saya seorang yang boleh dikategorikan lewat memakai tudung…

Huh..*mengeluh panjang mengingat sejarah silam yang hitam.

Tapi Alhamdulillah, Allah takdirkan saya untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh selama 5 tahun yang mana kat sinilah saya lebih kenal erti Islam yang sebenar yang bukan sekadar cukup sembahyang 5 kali sehari.

Ok, berbalik kepada topic sebenar, HIPOKRIT….

ADAKAH AKU HIPOKRIT?

ADAKAH AKU HIPOKRIT KERANA TAK BERTUDUNG DI LUAR SEKOLAH?

ADAKAH AKU HIPOKRIT KERANA AKU TAK BERTUDUNG DI LUAR KAWASAN YANG TAK TETAPKAN WAJIB BERTUDUNG?

ADAKAH AKU BUKAN HIPOKRIT KERANA PRINSIP AKU HANYA AKAN BERTUDUNG JIKA HATI SUDAH BENAR BERSEDIA?
 
ADAKAH AKU HIPOKRIT SEBAB BERTUDUNG KERANA KELAS AGAMA?

ADAKAH AKU HIPOKRIT KERANA BERTUDUNG HANYA KERANA DESAKAN IBU DAN AYAH?

ADAKAH AKU HIPOKRIT KERANA BERTUDUNG HANYA KERANA SI DIA YANG AKU SUKA ITU PERSIS IMAM MUDA?!

Mungkin inilah antara soalan yang kerap bermain di minda atau selalu disoalkan kepada kita…. Jawapanya, TIDAK ! Anda tidak hipokrit bahkan anda sedang diberi jalan oleh Allah untuk berhijrah ke fitrah sebenar, walaupun prosesnya melalui paksaan… Saya tanyakan segenap persoalan kepada Murabbi saya, dan jawapannya 

 “Syiffa, kita perlu memaksa untuk biasa, fahamkan dengan ungkapan alah bisa tegal biasa?”

Murabbi saya jelaskan dalam konsep zaman sekarang kalau kita memakai tudung kerana mengikut undang-undang atau segala yang berkenaan dengan di atas itu ialah sebagai salah satu proses pembelajaran untuk kita, walaupun kta tak suka atau menyampah, atau rasa nak muntah darah, nak tercabut kepala. 

Jadinya maaflah kepada sesiapa yang yang katakan mereka yang sedang belajar untuk mengenakan hijab itu sebagai suatu yang HIPOKRIT, walhal andalah yang patut cari cermin dan lihat diri anda sendiri, sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk kembali ke fitrah asal (fitrah secara bahasa mudahnya ialah keadaan asal) kenapa kembali kepada fitrah asal????? Sebabnya anda dah ucapkan dua kalaimah syahadah..” AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH” Jadinya, secara automatik yang bergelar Islam itu hidupnya, identitinya kenalah ISLAM dan fitrahnya pun WAJIBLAH ISLAM. 

 So jangan malu-malu, jangan segan teruskan usaha anda walau sekelumit itu untuk biasakan diri dengan hijab kerana anda perlu MEMAKSA UNTUK BIASA. Kalau ada yang kata anda hipokrit jawab kepada mereka, “ Kalaulah ko pergi dinner formal dengan VVIP kat hotel 7 bintang then ko tak suka makan pakai sudu garpu atau pisau sebab ko tak selesa and selalu pakai tangan je bila makan, ko akan still pakai tangan ke? TAK KAN..SEBAB KALAU KO PAKAI JUGAK...KO TUU, TAK HORMAT MAJLIS AND ULU TAHAP TAK INGAT DUNIA” same goes to what are we going to do, we keep ourselves with the rules or commands sebab kita hormat rules and commands tu, then waktu kita laksanakan kewajiban tu walaupun terpaksa LAKUKANLAH KERANA ALLAH… InsyaAllah, apa-apa yang kita buat for the sake of Allah akan dapat keberkatan, cumanya, nak betulkan sikit kalau boleh janganlah berhijab kerana SI DIA yang bukan halal untuk KITA, jadikan itu spirit booster tak pe, jangan niat yang salah…HUH… JANGAN RISAU, ANDA TAK HIPOKRIT, ANDA SEDANG BELAJAR, ANDA SEDANG DITARBIYYAH DAN TARBIYYAH ITU TAK PERNAH BERHENTI ATAU ADA NOKHTAH, SELAGI DAPAT HIRUP SEGALA OXYGEN, CARBON DIOXIDE DAN INERT GASEOUS , TERUSKANLAH BELAJAR TENTANG AGAMAMU DAN BIASAKANLAH DIRI MENCARI ILMU, KERANA ISLAM ITU DIPEROLEH DENGAN ILMU ! ALLAH. :) ;) :) ^_^

ENTRY AKAN DATANG:
“Weyh, ko ni tak pakai tudung ke kat luar? Mak ayah tak ajar ke?!“
Perkataan inilah yang dikeluarkan dan dihamburkan kepada saya oleh sahabat berlainan jantina di kelas seaktu prep petang di tingkatan tiga dan inilah yang mendorong saya untuk mencari erti adakah saya benar-benar hipokrit? Sedangkan saya rasakan saya masih belajar and menyesuaikan diri dengan hijab… Saya tak pernah menolak hijab, bahkan tak pernah anti hijab pun cumanya saya rasakan diri saya belum bersedia ketika itu dan saya tak nak jadi hipokrit dengan memakai hijab atas desakan sekeliling…
Times flows dan saya teruskan proses pencarian identiti diri untuk berhijab yang masih kabur. Alhamdulillah saya sudah sempurnakan hijab saya. *panjang sejarah saya mencari erti hijab di kepala, kalau nak tahu entry lain atau bersoal jawab dengan hamba hina ni boleh sahaja PM di,
Facebook : https://www.facebook.com/syiffarosman atau  Twitter :nur_syiffa

No comments:

Post a Comment