Pages

Tuesday, July 9, 2013

"ORANG YANG TAK DI ISI TAK BOLEH MENGISI"

Banyak kali pula ternampak ayat itu belakangan ini. Uhuk. Memandangkan baru-baru ni cuti yang sangat panjang dan pastinya kebiasaan pada waktu cuti akan terputus daripada bekalan-bekalan iman kerana melancong ke sana dan kemari yang akhirnya boleh menyebabkan anda 'sarapan'* (baca : futur). Memikirkan ayat di atas, ada benarnya juga. Mana mungkin seorang yang tidak diisi bisa mengisi orang lain sedangkan tiada perkara dia yang ingin diberi. Seharusnya ia bergerak sekali. Diisi dan akhirnya mengisi pula orang lain. Seterusnya akan terbentuklah piramid manusia yang saling isi-mengisi.
Tapi adakah selamanya anda ingin mengharapkan daripada jemaah, persatuan mahupun murabbi anda untuk mengisi diri anda? Jika tiada program maka tiadalah isi dan jika ada program adalah isi. Begitu? Jika mereka sibuk ingin mengisi anda siapa pula ingin mengisi mereka? Eh?
Untuk pengetahuan anda, jarak antara wahyu pertama dan kedua adalah 6 bulan mengikut pendapat yang paling kuat. Jadi apa yang anda jangka baginda lakukan dalam tempoh sebegitu tanpa wahyu untuk mengisi diri baginda? Dan 6 bulan itu bukanlah tempoh waktu yang singkat. Tapi baginda masih mampu meneruskan perujuangan dengan laju. Baiklah mungkin baginda itu nabi. Tengok pula Mus'ab b Umair yang dihantar oleh Rasulullah untuk menjadi wakil Islam ke Madinah selepas perjanjian Aqabah pertama. Selama setahun beliau di Madinah keseorangan tanpa sentuhan daripada nabi mahupun sahabat. Tapi akhirnya beliau masih berjaya bertahan bahkan bertambah pula bilangan pengikut risalah ini berganda-ganda.
(sahabat Circle Of Love)

Anda masih mahu 'sarapan'?
Banyak lagi kisah-kisah agung yang menceritakan soal tidak diisi ini. Itulah yang dinamakan Tarbiyah Dzatiyah atau Pendidikan Kendiri. Dengan tarbiyah inilah Mus'ab mampu untuk bertahan walaupun seorang diri. Lemahnya kita hari ini apabila lama ditinggal oleh murabbi adalah kerana kurangnya tarbiyah dzatiyah. Apabila mutabaah turun sahaja salahkan murabbi kerana tak ziarah, tak buat liqo dan sebagainya. Sampai bilakah kita ingin bergantung pada mereka dan mereka juga seorang manusia. Sebetulnya, semakin lama kita ditarbiyah maka semakin kurang pergantungan pada murabbi. Ini tidak, sudah 10 tahun berbulatan gembira pun masih mengharapkan naqib adakan program untuk dirinya. Sifirnya sama sahaja seperti kehidupan seharian kita. Sewaktu di sekolah rendah, makan minum dan pengangkutan ke sekolah semuanya mak dan ayah kita uruskan. Kemudian masuk sekolah menengah pula, sudah mula berdikari tinggal di asrama. Makan dan minum pun sudah pandai serba-sedikit untuk diuruskan sendiri. Di zaman mahasiswa, hampir segalanya dilakukan sendiri. Selepas kahwin, bukan setakat makan dan minum sendiri dijaga bahkan anak isteri juga perlu diuruskan.
Makanan apakah Tarbiyah Dzatiyah tu? Macam mana nak dipraktikkan?
Secara mudahnya bagaimana anda membina diri anda dengan usaha sendiri. Praktikalnya adalah dengan amalan-amalan harian seperti solat malam, zikir, bacaan ilmiah, dan solat-solat sunat. Perkara inilah yang akan menguatkan lagi kekuatan dalaman kita. Anda mungkin boleh menjaga solat ketika beramai-ramai tapi apabila keseorangan? Bilamana duduk sesama orang yang baik segalanya terjaga, bila sorang-sorang pula satu helai al-Quran pun berat dibuka. Itulah pentingnya untuk membina tarbiyah dzatiyah kerana akhirnya di mahsyar nanti pun akan dihisab secara individu bukannya secara kolektif. Dan apabila hebatnya tarbiyah dzatiyah, anda tidak akan mudah terpengaruh fahaman yang salah kerana anda mempunyai pendirian dan jati diri yang kuat. Berani untuk kehadapan menegakkan yang hak.
Jadi bagaimana? Masih mahu ber'sarapan' dan terus menyalahkan murabbi? Atau terus berlari membina tarbiyah dzatiyah?
peace ^-^
Jzkk.
*futur=فتور yang bermaksud lemah, putus asa atau jatuh.
satu lagi kalimah arab yang sama bunyinya adalah فطور yang bermaksud sarapan.
~sharing dari sahabat akhi Abrar Wahidan Jzkk...~

No comments:

Post a Comment