Pages

Friday, July 19, 2013

~SEPINGGAN MEE GORENG MAMAK~

~SEPINGGAN MEE GORENG MAMAK~

“Cepat sikit boleh tak? Waktu berbuka dah nak dekat ni…”
“ Iyalaa, dah traffic jam nak buat macam mana, orang dah cakap dah, SOGO kalau waktu-waktu sale raya tambah-tambah lagi berapa hari nak raya ni mesti crowded punya….Nak jugak shopping kat SOGO last minute.”
“ Laa, dah orang baru je cuti, mestilah baru nak shopping, kalau laa orang boleh balik hari dari kampus ke rumah, confim laa orang pun tak nak bersesak, nak pilih baju pun tak selesa…”
“Ahh, pape jelaa”
“ Haaa, cepatlaa drive orang dah kebulur ni, sat gi berbuka tak akan nak minum air mineral je”

“ Ala…kedai mamak? Tak kan berbuka kat sini kut? Orang tak suka laaaa….”
“ Dah lewat kan, waktu berbuka dah nak dekat, tu laa ibu dah cakap, cepat-cepat waktu shopping tu, terhegeh-heheg juga dia, dah sekarang oder je dulu makanan buat alas perut.”
“Ya…. Adik manis, apa  maw makan? “
” Mee goreng laa, satu… tak nak taugeh, kasi basah.” Sambil bermuka masam  Nilam memesan oder kepada Mamak .
“Wokeyh, lain oder apa ?”
“ Tak pe, yang lain makan nasi kandar”  Bonda membalas sambil tersenyum… Ahh, bonda tetap tenang walau Nilam sedang menyakitkan hati semua yang ada.

 ~AZAN BERKUMANDANG~

Sambil azan berkumandang, di sebelah meja Nilam dan keluarga hadir seorang wanita tua, tuanya bukan dimamah usia tapi dimamah kudrat ,kuat bekerja barangkali. Hadirnya bersama-sama seorang anak lelaki umur lingkungan 6-7 tahun, kelihatan letih dan compang camping sekali pemakaian mereka, gaya persis gelendangan…


Terdengar mereka memesan Ais Kosong dua gelas sambil melihat beberapa kepingan syiling di tangan wanita itu, mungkin hanya itu yang mampu dipesan oleh dua beranak itu..  Terusan, mata memerhati mereka secara curi-curi..Tak mahu mereka terasa aku sering melihat mereka.

“ Mak, adik teringin yang dalam pinggan orang sebelah tuuu…Mee goreng kan?”
“Ala, dik, esok-esok kita beli ya, hari ni duit tak cukup…”
Mata si anak lelaki terus memerhati meja sebelah, melihat sepinggan mee dihadapan  Nilam….

“ Arghh, ape ni tak sedap langsung, dah Nilam tak nak makan, yekkk tak sedap”

Berbara mata Nilam sambil menolak kencang pinggan Mee Goreng  itu, pengunjung yang berhampiran hanya memerhatikan gelagat Nilam yang tak reti bersyukur…
Bonda hanya menggelengkan kepala  melihat perangai Nilam yang sering merungut tentang rezeki, yang jarang sekali mengucap rasa syukur, yang jarang sekali menerima segalanya dengan seadanya.

Sepasang mata terusan memandang sepinggan Mee Goreng yang ditolak ke tepi…

“PAP” Pinggan Mee Goreng  jatuh ke lantai….

Berluru si empunya mata tadi ke arah pinggan yang terjatuh itu…. Tangannya pantas mengangkat pinggan Mee Goreng itu, ada Mee Goreng yang masih bersisa…
Tidak dipeduli setiap mata yang memandang… Anak lelaki itu terus sahaja mengaut Mee Goreng yang bersisa dan memasukkan ke mulutnya, dikunyah dengan penuh lahap, dengan mata yang terpejam, menikmati rasa Mee Goreng yang didamkan barangkali, Allah…Allah lazat yang amat makanan yang satu ini...

Bonda si anak lelaki itu terus melulu ke arah Bonda,

“ Maaf ye, puan  anak saya buat tak senonoh, maaf sangat-sangat, dia memang teringin nak rasa Mee tu, tapi saya tak ada duit…maafkan dia…”
Tercengang setiap mata yang berada di meja, Si Nilam juga terbeliak matanya, mulut terkunci lidah terkelu tak lagi berbara seperti lahar berapi seperti sebelumnya…. Bonda pula hanya terseyum dan terus memeluk si wanita yang memohon maaf…

“Mak… ada lagi ni Mee ni, sedap mak..mak nak rasa tak? Akak, kenapa akak buang Mee ni? Sedap kak, terima kasih ye, kak sebab akak tak nak makan saya dapatrasa mee goreng ni, pertama kali saya rasa ya Allah sedapnya kak….” Akhirnya si anak lelaki itu bersuara tenaang sambil mengunyah saki baki mee di dalam mulutnya dengan penuh nikamt, penuh rasa syukur, penuh rasa puas…

Mutiara jernih mengair dari sepasang  mata milik Nilam….

*Renung kembali, sudah berapa lama kita hidup di dunia dengan kenal erti mee goreng serta rasanya? Sudah berapa kali kita menikmati mee goreng yang sesetengah daripada kita mungkin akan berbicara,” Ahh sekadar mee goreng “ jika itu yang menjadi menu santapan…. Berapa kerap kita ucap syukur untuk sepinggan mee atau sepinggan nasi? Siapa antara kita memandang remeh soal mee dan nasi? Walhal di luar sana, di tanah Malaysia ini sendiri masih ada insan tak kenal erti Mee Goreng, tak tahu rasanya mee goreng, tak pernah umurnya menikmati sekadar sepinggan mee goreng walau hanya Mee Goreng Mamak yang dibenci sesetengah orang… Persoalanya bukan MEE GORENG sahaja tapi, persoalanya, bersyukurkah kita dengan segala yang terhidang? Dengan segala yang dipinjam dari Maha Pencipta? Allah Ya Rabb, moga Allah ampunkan segala rasa TAK bersyukur yang tersisa…. Moga kita terus bersyukur dengan kurnianya…Moga yang di luar sana punya rezeki untuk menikmati nikmat dunia yang dikurnia Allah sebelum menjenguk dunia akhirat.. Semoga kita dirahmati Allah, semalam, kini dan nanti…
~LOC~
0314
200713

No comments:

Post a Comment